Friday 5 September 2014

SUBHANALLAH..! 29 HAIWAN YANG PALING PELIK DAN UNIK DI DUNIA




AXOLOTL


Axolotl adalah neotenic mole salamander Mexico. Haiwan ini digunakan secara ekstensif dalam kajian saintifik kerana kebolehannya untuk memperbaiki bahagian-bahagian tubuhnya.


AYE-AYE


Aye-aye , agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker),  ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.


BLOBFISH

Blobfish , adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.


 SHOEBILL


Shoebill, seekor burung yang amat besar yang ditemui di kawasan paya tropika timur Afrika. Ketinggian puratanya ialah 4 kaki dan lebar kepaknya apabila mengepak ialah 7 kaki.


 INDIAN GHARIAL


Indian gharial , antara jenis buaya yang paling panjang yang kadangkala mencapai 20 kaki.


 DUMBO OCTOPUS


Dumbo octopus, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.


 ECHIDNA PARUH PANJANG


Echidna paruh panjang (Long-beaked echidna) Haiwan ini adalah salah satu dari jenis mamalia yang bertelur.


 FRILL-NECKED LIZARD


Frill-necked Lizard, mempunyai kulit besar di sekitar tengkuknya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Ini membuatkannya digelar sebagai ‘cicak basikal’ di Australia.


 HAGFISH


Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir, Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.


HUNGARIAN PULI 


Hampir sama dengan Komondor, Hungarian puli juga bertindak pantas dan akrobatik.


 JERBOA TELINGA PANJANG


Jerboa telinga panjang (long eared jerboa) adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.


 KOMONDOR


Komondor, keturunan anjing Hungary yang besar, yang mempunyai bulu seperti tali yang panjang dan tebal.


 SLENDER LORIS


Slender loris tinggal di kawasan hutan tropika rendah yang basah di India atau Sri Lanka.


 STAR-NOSED MOLE'S SNOUT


Star-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.


 PROBOSCIS MONKEY


Proboscis monkey, amat dikenali dengan hidungnya yang besar. Adalah dikatakan bahawa proboscis betina suka kepada proboscis jantan yang berhidung lagi besar.  Lagi besar hidung, lagi mahal si jantan  tu.


 GUINEAFOWL PUFFER


Guineafowl puffer, dari Lautan Pacifik. Apabila berkembang sepenuhnya, ia mampu mencapai panjang 50 cm.


 PYGMY MARMOSET


Pygmy Marmoset , sejenis monyet yang berasal dari hutan barat Brazil, tenggara Colombia, timur Equador dan timur Peru.  Mereka adalah omnivor yang makan buah-buahan, daun, serangga dan kadangkala reptilia yang lebih kecil.


 BERUANG PANDA MERAH


Beruang Panda merah (Red panda) ialah mamalia herbivor yang saiznya lebih kurang kucing.


 SAIGA


Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.


SEAPIGS 


Seapigs , hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.


 HISPANIOLAN SOLENODON


Hispaniolan solenodon, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.


 HAIRLESS CATS


Kucing yang tidak berbulu (Hairless cats) , ditemui di banyak daerah di dunia. Tetapi keturunan pertamanya yang berjaya ialah Sphynx.  Sphynx yang terawal bernama Prune, lahir pada tahun 1966.


 BERUANG MATAHARI


Beruang matahari (Sun Bear) ditemui di hutan-hutan tropika Asia tenggara. Dengan ketinggiannya yang hanya 4 kaki, ia adalah keluarga beruang yang paling kecil, dan kadang kala dipanggil sebagai beruang anjing.


 TARSIER


Tarsier , yang biasa didapati di Asia Tenggara, setiap bebola matanya sebesar lebih kurang 16 mm dan sama besar dengan otaknya .


 VIPERFISH


Viperfish , ialah ikan laut dalam dengan gigi-gigi yang seperti jarum panjang. Sejenis pemangsa yang amat ganas.


 LEAFY SEADRAGONS


Naga laut berdaun (Leafy seadragons) dipenuhi dengan anggota badan yang seakan daun, membuatkan mereka penyamar yang unggul. Ditemui di Australia, mereka tinggal dalam air yang sejuk dan tenang.


 HAIRY FROGFISH


Hairy frogfish berjalan di sepanjang dasar laut untuk mencari makanan. Ianya boleh ditemui di Indonesia.


 PENYU PUTIH


Penyu putih (white turtle), menonjol dalam kebudayaan Cina.


 YETI LOBSTER


Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai  “yeti lobster” atau “yeti crab”. Ianya tinggal pada kedalaman  2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.


 DUMBO OCTOPUS


Dumbo octopus, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.



Kredit to Hikmatun





No comments:

Post a Comment