Thursday 30 October 2014

SUBHANALLAH..! KEISTIMEWAAN DAN AMALAN HARI JUMAAT





Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisiPenciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".   Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi .

Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. 

Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. 

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".  Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim.

Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.

Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda : 

"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".   Hadis Riwayat Tarmizi 

Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. : 

Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat 

Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia : 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".  Surah Al-Ahzab, ayat 56 

Memperbanyakkan bacaan Al QuranSurah-surah yang digalakkan untuk dibaca: 
Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi 
Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan 
Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas 

Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat 

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 

"Sesiapa di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".  Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim 

Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan 

Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya. 

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata : 

"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ". Hadis Riwayat Tabrani 

Bersiwak 

Memakai bau-bau yang wangi 


Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 

"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".  Hadis Riwayat Al-Bukhari 

Memakai pakaian serba putih 

Menyegerakan pergi ke masjid 


Firman Allah s.w.t. : 

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".  Surah Al-Jumu'ah, ayat 9 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".  Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim 

Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid. 


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : 

"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".  Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim 

Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid 

Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib 

Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat 

Memperbanyakkan amalan sedekah 

Firman Allah s.w.t. : 

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".




ALLAHU AKBAR..! TIGA TOKOH PEMANCUNG KEPALA PALING TERKENAL DI ARAB SAUDI





Muhammad Saad al-Beshi

Muhammad Saad al-Beshi merupakan algojo paling terkenal di Arab Saudi. Tugas pertamanya pada 1998 di Jeddah. Dia pernah memancung 7 kepala sehari. Dia akan ke rumah keluarga pesalah untuk meminta maaf kerana keesokkan harinya. Dia tidak bersedia memberitahu gajinya kerana perjanjian dengan pemerintah Arab Saudi. Muhammad Saad Al-Beshi pernah mendapat hadiah pedang dari pemerintah yang nilai pedangnya sekitar 20 ribu riyal.





Abdallah Al-Bishi

 Abdallah Al-Bishi juga adalah salah seorang algojo terkenal Arab Saudi. Abdallah Al-Bishi memiliki akaun facebook dengan nama Abdallah Al-Bishi -the Arabian Executioner. Dia meletakkan fotonya sedang mengusap pedang yang biasa digunakan untuk menjalankan tugas.






Ahmad Rezkallah

Ahmad Rezkallah juga algojo terkenal Arab Saudi yang mengaku telah memancung 300 pesalah. Seramai 70 pesalahnya adalah perempuan.Dia berkata wanita lebih tabah saat menghadapinya, lelaki terus menjadi gila..




Wednesday 29 October 2014

SUBHANALLAH..! KELEBIHAN AWAL MUHARAM DAN AMALANNYA




Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 


Puasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) serta fadhilatnya: 



  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
  • Bersabar/Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.



Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :


  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram




Friday 24 October 2014

HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH/MEMEGANG ANJING





Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden init banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah: 

Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat”. 

Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat (sebesar gunung) setiap hari? 


PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH/MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE 


Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. 

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung


Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut: 

  • Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. 
  • Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. 

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : 

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.




Saturday 4 October 2014

HARI-HARI YANG SUNAT, HARAM DAN MAKRUH PUASA





Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:


  1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
    ~ Seperti puasa selama setahun
  2. Puasa awal bulan Zulhijjah
    ~ 1 – 8 Zulhijjah.
  3.  Puasa pada hari Arafah
    ~ 9 Zulhijjah
    ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
  4. Puasa pada bulan Muharram
    ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
  5. Puasa pada hari Tasu’a
    ~ 9 Muharram
  6. Puasa pada Hari Asyura
    ~ 10 Muharram
    ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
    ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari selepas.
    ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
  7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
    ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
  9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
  10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam
    ~ 13,14 & 15
  11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
    ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka.
     ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada  segala dosa.


Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:


  1. Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
  2. Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
  3. Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
  4. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
  5. Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)


Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:


  1. Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  2. Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
  3. Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
  4. Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)





Kredit to Wan Zatie