Saturday 27 December 2014

9 TANDA-TANDA TERKENA SANTAU



PETANDA TERKENA SANTAU


  • Tapak tangan sentiasa berpeluh -Batuk yang berpanjangan
  • Bisa-bisa sendi badan
  • Kerap bermimpi seram/menakutkan
  • Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
  • Kerap muntah semasa makan
  • Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
  • Badan/dada teras panas menjelang maghrib
  • Kerap gatal
  • Gatal badan bila waktu malam


Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti diatas silalah dapatkan rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.

PANTANG LARANG PESAKIT SANTAU


  • Makanan yang pedas
  • Makanan yang ada unsur cuka
  • Segala jenis air limau
  • Rebung
  • Keladi
  • Nenas


Pesakit perlu berpantang makanan/minuman diatas selama 3 bulan,pesakit juga disyorkan minum 2 sudu madu setiap pagi dalam keadaan perut kosong bagi memulihkan luka-luka dalaman akibat serangan santau.

Monday 22 December 2014

30 KEAJAIBAN SELAWAT



  1. Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
  2. Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  9.  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
  10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
  11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  16.  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
  23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
  30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


kredit to  Detik Islam

PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI



Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.


kredit to Detik Islam

SUBHANALLAH..! TERUSAN SUEZ IDEA UMAR BIN KHATHAB



Terusan Suez ternyata adalah sebuah karya agung berdasar idea dan gagasan cemerlang sekaligus membuktikan kepintaran Amirul Mukminin Umar Bin Khathab raddiyallahu'anhu .

Idea genius beliau menyambung Laut Merah dan Laut Putih Tengah kerana adanya potensi domestik yang sudah dikenali pada zamannya. Kepintaran beliau patut kita berbangga dengan kemampuan beliau itu dapat mewujudkan sebuah projek dalam masa relatif singkat sehingga terusan tersebut boleh dilalui oleh kapal.

Di musim sejuk tahun 641-642 M, Amru bin Ash ra membuka terusan yang menghubungkan antara laut Qalzim dengan Laut Romawi atau di kedudukannya sekarang dikenali dengan nama Terusan Amirul Mukminin.

Al Qadha'i bercerita, Umar bin Khattab ra mengarahkan pada Amru bin Ash ra pada masa musim kemarau untuk mengorek teluk yang berada di samping Fusthath kemudian mengalirkan air sungai Nil hingga laut Qalzim.

Belum setahun, teluk ini pun sudah boleh dilalui oleh kapal dan digunakan untuk mengangkut logistik ke Mekah dan Madinah. Teluk ini juga dimanfaatkan penduduk dua tanah suci itu hingga disebut Teluk Amirul Mukminin.

Al Kindi bertutur bahawa teluk itu telah dieksploitasi pada tahun 32 H dan selesai hanya dalam masa 6 bulan. Kapal-kapal sudah boleh lalu menyusuri teluk hingga di Hijaz bulan ke tujuhnya.

Terusan ini sangat membantu penduduk Mesir hingga era Khalifah Abu Ja'far Al Manshur yang memutuskan aliran dan sokongan Mesir terhadap penentangan Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Abi Talib di Hijaz .

Sebahagian sejarah juga menyebut bahawa Amru bin Ash telah memikirkan untuk menyambung 2 laut putih dan Merah, namun dia seolah-olah yang dimaksudkan adalah terusan lain yang membelah antara Selat Timsah dengan Barzah, antara Mesir dan Sinai hingga Laut Tengah. Tapi rancangan ini dibatalkan kerana alasan pertimbangan ketenteraan yang ada pada zaman itu.

Pada masa Khilafah Utsmaniyyah, teluk ini dibersihkan tiap tahun. Pada Musim sejuk, teluk ini biasanya ditutup kerana telah dieksploitasi dan dibersihkan seperti perayaan( biasanya pada bulan Ogos). Lumpur yang dikorek diangkat dan ditimbunkan di bahagian tebing kanan dan kiri teluk.


Kredit To Detik Islam

Saturday 13 December 2014

8 GANJARAN BUAT ISTRI SOLEHAH




  1. “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
  2. “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  3. “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  4. “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  5. “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  6. “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  7.  “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"


kredit to Detik Islam

PENJAGA GOL KOREA SELATAN SEORANG MUSLIM



Lee merupakan penjaga gawang pasukan bola sepak Korea Selatan yang pernah bermain beberapa kali di pentas Piala Dunia. Kali terakhir di pentas Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sebelum ini, Lee pernah bermain di Piala Dunia 1994, 2002 dan 2006. Lelaki kelahiran Cheongju Chungbuk, Korea Selatan pada 26 April 1973 ini selalu diberi kepercayaan mengalas sebagai penjaga gol nombor satu Korea Selatan.

Penjaga gol senior pasukan kebangsaan Korea Selatan ini mungkin boleh dikatakan satu-satunya pemain Muslim yang pernah berada dalam skuad Korea Selatan ketika Piala Dunia 2010 yang lalu.

Keislaman Lee ini pada awalnya memang belum diketahui ramai pihak. Majoriti penduduk Korea Selatan beragama Buddha dan Kristian. Jadi, tidak menghairankan jika Lee sudak memeluk Islam jarang didedahkan. Walaupun begitu, Lee terkenal di kalangan muslim yang meminati bola sepak.

Lee menjadi mualaf sejak tahun 2004. Jadi, dia sudah menjadi Muslim sebagai pemain Korea Selatan ketika di Piala Dunia 2006 di Jerman lagi.

Perkenalan Lee dengan Islam berlaku di tahun 2004. Sebelum memeluk Islam, Lee adalah penganut Kristian yang taat. Namun, perkembangan Islam yang cukup pesat di negaranya membuat dia tertarik dengan ajaran Islam. Lee akhirnya memutuskan menjadi Muslim. Sejak saat itu dia taat menjalankan solat dan puasa .

Pada bulan Ramadan, Lee tetap berpuasa walaupun pertandingan bola sepak sedang berlangsung. Setiap hari, Lee seperti biasa menjalankan solat lima waktu dan sesekali ke masjid ketika pulang latihan atau menuju rumahnya. Lelaki berusia 37 tahun ini menikmati hari-harinya dengan tenang walaupun orang-orang di persekitaran sekitarnya kebanyakan bukan Muslim.

Lee merasakan tolerasi beragama begitu baik dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan dan di kelab sehingga dia tidak merasa segan dengan gelaran Muslim yang disandangnya.

Sudah bersara


Sepanjang kerjayanya, Lee sudah mengikuti empat Piala Dunia dan tersenarai salah seorang dari tujuh pemain Asia yang pernah bermain di empat Piala Dunia yang berbeza. Namun, pada Piala Dunia 2010 lalu dia hanya menjadi pemain simpanan.

Ketua jurulatih Korea Selatan Huh Jung Moo lebih percaya posisi penjaga gol nombor satu diletakkan kepada Jung Sung Ryong.

Kedudukannya sebagai pemain di bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2010 lalu, mungkin membuatkan Lee akhirnya memutuskan untuk bersara sebagai pemain kebangsaan. Perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 11 Ogos 2010 lalu dengan kemenangan 2-1 menjadi penampilan Lee yang terakhir dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan. Lee telah menjadi sebahagian dari skuad Knight Taegeuk dalam 130 perlawanan sejak 1994.


kredit to Detik Islam

Thursday 4 December 2014

INILAH SEBAB MENGAPA AL-QURAN MENYURUH SUSUKAN BAYI SEHINGGA 2 TAHUN



"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah mu kembali. " ( Al Quran, 31:14 )

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www . Icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat Nya.

Air susu ibu mengandung zat-zat pemakanan penting iaitu:

Karbohidrat

Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.

Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

Protein

Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.

Protein berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.

Lemak

Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.

Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.

VITAMIN DAN MINERAL

Susu ibu mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. zat
pemakanan mikro penting itu antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.

- Vitamin

Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan mudah diserap.

- Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.

- Fluorin

Fluorin membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.

Untuk mereka yang bergelar ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara ekslusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun. Katakan tidak pada susu formula.


kredit to Detik Islam

SUBHANALLAH..! ISLAM AGAMA KEDUA TERBESAR DI ITALI



Ahli komuniti Muslim Itali telah membincangkan masalah yang dihadapi minoriti Islam di Itali dan pecapaian orang Islam disektor ekonomi Itali. Mereka mengeluh keranan kurangnya status rasmi bagi kumpulan agama terbesar kedua di negara ini.

"Angka dari badan statistik nasional Istat mengatakan bahawa ketia ini terdapat sekitar 1,700,000 Muslim di Itali," kata Izzedin Elzir Imam Florence dan pengerusi persatuan Muslim Unione delle Comunità e Organizzazioni Islamiche di Itali (UCOII), pejabat berita ANSA melaporkan pada hari Selasa, 11 Februari lalu.

"Ada lebih dari 700 masjid di Itali, "tambah Elzir.

Persidangan ini diadakan di Niccolò Cusano University dan dihadiri oleh beberapa ahli terkemuka daripada komuniti Muslim Itali.

Bercakap dalam persidangan tersebut Elzir berkata, peranan Muslim telah banyak menyumbang dalam ekonomi Itali.

"Muslim telah membuat sumbangan untuk 4-5 % dari KDNK negara, "kata Elzir.

"Islam merupakan nilai tambah bagi Itali."

Walaupun "nilai tambah" komuniti Muslim memberi kesan baik bagi Itali, tetapi Muslim di sana tidak mempunyai status rasmi, imam tersebut menambah.

"Terlepas dari kenyataan bahawa kebebasan beragama ditetapkan dalam Perlembagaan, tetapi tidak adanya undang-undang yang dihasilkan telah menyebabkan komuniti Muslim de facto tidak diakui oleh Negara Itali."

Tetapi Itali mempunyai peraturan bagi agama lain seperti Yahudi dan Budha.

Agostino Cilardo pakar dalam hukum Islam di Naples Orientale University, berkongsi kebimbangan yang sama.

"Masalah kekurangan perwakilan adalah salah satu yang konkrit, tidak hanya satu yang rasmi, " kata Cilardo.

"Ketika anda menyusun kesepakatan dalam pemerintahan, kita sukar untuk menentukan siapa yang boleh bercakap atas nama umat Islam di Itali, "katanya.

Kurangnya status rasmi bermakna setiap organisasi Muslim tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan pembiayaan melalui undang-undang Itali yang membolehkan wajib cukai boleh memperuntukkan sebahagian dari cukai mereka ke kelompok agama pilihan mereka.


kredit to Detik Islam

Wednesday 3 December 2014

MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP..??


Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:

1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati

Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur

Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar

Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka

Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia. 


kredit to Detik Islam

SIAPA YAHUDI ASHKENAZI..??



Pernahkah anda bertanya mengapa orang-orang Yahudi sekarang lebih menyerupai dengan orang Eropah berbanding dengan orang Arab? Padahal, mereka berasal dari Bani Israil. Diketahui Yahudi sekarang ini merupakan keturunan Ashkenazim.

Ashkenazim adalah bentuk jamak daripada 'Ashkenaz' dari bahasa Ibrani אשׁכנזי yang bererti "Jerman". Dalam bahasa Ibrani juga dikenal bentuk אשׁכנזים.

Orang Yahudi di Eropah terutama dari Eropah Timur dari segi bahasa yang mereka gunakan biasanya adalah bahasa Yiddish. Zaman sekarang kaum Ashkenazim di Eropah sudah hampir pupus. Mereka ramai berada di Amerika Syarikat dan Israel.

Kaum Ashkenazim banyak yang mengidap penyakit turunan. Tetapi salah satu penyakit keturunan adalah penyakit otak. Penyakit ini melahirkan mereka mencapai skor IQ tertinggi di dunia.

Yang menghairankan secara genetik bangsa Palestin mempunyai hubungan genetik lebih dekat dengan kaum Ashkenazim berbanding dengan kaum Yahudi Timur Tengah.


kredit to Detik Islam