Thursday 4 September 2014

GAMBAR ANAK LELAKI LEE CHONG WEI BERNAMA KINGSTON LEE


Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki comel yang diberi nama, Kingston Lee. Bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.





   Menurut laporan media,beliau yang menemani isterinya sepanjang proses kelahiran menyifatkan ia pengalaman yang ‘sukar untuk dilupakan’. Doktor berkata muka saya nampak pucat dan tidak bermaya. Saya gemuruh dan mengigil tetapi Mew Choo nampak tenang, kata Chong Wei ketika diminat mengulas mengenai pengalamannya menyaksikan kelahiran cahaya mata pertamanya. 

   Saya tidak menghiraukan apa yang doktor beritahu saya, tetapi sebaik sahaja saya melihat bayi saya, ia sangat menakjubkan. Saya tidak percaya saya sudah bergelar seorang ayah sekarang! katanya Mew Choo dalam keadaan yang baik. Sebaliknya, dia nampak berseri dan segar. Dia seorang wanita yang kuat. Hari ini, saya akan bersama dengan bayi lelaki saya dan menjaganya. Ya, walau di waktu malam sekalipun,katanya sambil melemparkan senyuman manis.

kredit to  My Sumber




No comments:

Post a Comment