Monday 1 September 2014

KERAJAAN BRUNEI HARAMKAN 19 PERKATAAN INI UNTUK ORANG BUKAN ISLAM

Seperti yang anda tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Kini, Kerajaan Brunei telah mengharamkan penggunaan 19 perkataan kepada orang bukan islam di negara itu termasuklah perkataan ALLAH dan masjid.



Selain itu,perkataan yang diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Mohd Salleh iaitu Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah berkata, Kod Penal Syariah juga  digunapakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukumannya adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pezina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, turut boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Di samping itu, Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.


Kredit buat sahabat di OH! TERBAIK

No comments:

Post a Comment