Allahuakbar! kejam sungguh manusia sekarang . Terbaru di China, seorang bayi yang baru dilahirkan di buang kedalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan. Peristiwa apabila beberapa pejalan kaki mendengar teriakan orang menangis membawa kepada penemuan bayi oleh anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas di rumah tersebut.
Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang melakukan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan bahawa bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua.
Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip rumah berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran.Kerja yang memakan masa hampir satu jam ini dilakukan doktor dengan penuh berhati-hati agar tidak mendatangkan risiko kepada bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu. Media China melaporkan, bayi yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil.
Rakaman video semasa usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan komen dan maklum balas menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh memaafkan dan menerima perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas.
Adakah ibubapa kanak-kanak ini layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang kerap kali disiarkan media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan keadaan itu berleluasa ialah kerana undang-undang di China yang agak ketat dimana melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak.
kredit to OH! TERBAIK
No comments:
Post a Comment